• Nexus 7 menjadi tablet terbaik di MWC Global Mobile Award 2013

    3 Mac 2013 - Nexus 7 hasil kerjasama antara Google dan Asus telah berjaya memperoleh kemenangan apabila telah dinobatkan sebagai tablet terbaik ketika Global Mobile Awards berlangsung di Mobile World Congress (MWC) 2013. Apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah, ini merupakan tahun pertama kategori seumpama ini diperkenalkan di dalam malam anugerah tersebut dan Nexus 7 menjadi penerima pertama bagi kategori ini. Para juri mengatakan:

    "Tablet ini telah membawa kredibiliti ke tahap yang lebih tinggi bagi sebuah tablet 7 inci di pasaran dengan kombinasi yang sempurna dari segi kemampuan teknologi dan mudah alih. Ia sememangnya sebuah tablet yang cukup sempurna."

    Nexus 7 menggunakan cip pemprosesan empat teras NVIDIA® Tegra® 3 1.2GHz dengan sistem operasi Android 4.2 (Jellybean) terkini. Sebelum ini Nexus 7 juga pernah memenangi anugerah tablet terbaik sepanjang tahun serta gajet terbaik daripada majalah T3 pada tahun 2012.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain