• Nokia mendesak Instagram untuk Windows Phone

    7 Mac 2013 - Instagram merupakan sebuah aplikasi perkongsian gambar paling popular pada masa kini terutamanya di kalangan pengguna telefon pintar Android dan iOS. Sayang sekali Instagram yang dimiliki oleh Facebook ini masih belum menunjukkan minat mereka untuk menghasilkan aplikasi rasmi Instagram buat pengguna Windows Phone. Ini sudah pastinya menjadi faktor penghalang kepada pengguna untuk bertukar menggunakan Lumia.

    Menyedari faktor ini, Nokia kini sedang berusaha untuk mendesak Instagram untuk menghasilkan aplikasi rasmi bagi pengguna Lumia melalui kempen #2InstaWithLove. Nokia telah menghasilkan aplikasi ini bagi memberi peluang kepada pengguna mereka menyampaikan kekecewaan atas ketidakhadiran Instagram di dalam telefon pintar mereka. Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk menangkap gambar sama seperti Instagram. Perbezaan utamanya adalah, ia akan meletakkan filter ke atas gambar secara automatik bersama-sama perkataan #2InstaWithLove sebagai tanda mereka menyokong kemunculan Instagram di dalam Windows Phone. Lebih ramai yang menyertai kempen ini, lebih banyak peluang aplikasi Instagram akan dibawa masuk ke dalam Windows Phone.

    Tindakan terdesak daripada Nokia ini menunjukkan mereka tahu bahawa Instagram sememangnya amat penting bagi mendapatkan pengguna baru Windows Phone. Malah ada khabar angin mengatakan pihak Microsoft sedang menghasilkan aplikasi Instagram mereka sendiri dan kini sedang menunggu pihak Instagram untuk memberi kebenaran. Mungkinkah aplikasi perkongsian gambar popular ini bakal tiba untuk pengguna Windows Phone pada tahun ini?

    Muat turun aplikasi #2InstaWithLove di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain