• Nokia N9 Mini dalam pembikinan


    27 Mac 2013 - Khabar angin mengatakan Nokia bakal hadir dengan Nokia N9 Mini tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan besar tidak akan menggunakan sistem operasi MeeGo seperti yang digunakan di dalam N9 sebelum ini. N9 Mini ini akan menggunakan sistem operasi Asha yang dikemaskini agar lebih kelihatan seperti antara muka MeeGo. Ini bermakna telefon pintar terbaru ini bakal mempunyai tiga skrin utama iaitu, skrin menu, skrin notifikasi dan skrin aplikasi. Bukan itu sahaja, rupa luaran N9 Mini akan menyerupai sebuah N9 yang dikecilkan.

    Tidak seperti telefon Nokia Asha sebelum ini, N9 Mini bakal memiliki fungsi gerakan swipe yang sebenar di samping sebuah kekunci di bahagian depan. Antara muka dalaman telefon ini bakal diinspirasikan daripada aplikasi di dalam N9 termasuklah jam, kalendar dan banyak lagi. Malah telefon ini berkemungkinan besar didatangkan dengan sokongan dwi SIM, 3G dan WiFi. Sayang sekali N9 Mini tidak mampu menjalankan dua aplikasi pada satu masa.

    Walaupun kesemua informasi ini masih belum boleh disahkan lagi, namun kami menjangkakan N9 Mini bakal menarik perhatian mereka yang inginkan kelainan.

    Sumber informasi : MyNokiaBlog

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain