• Pengambilan nota melalui Google Keep

    21 Mac 2013 - Semalam, Google telah memperkenalkan sebuah aplikasi pengambilan nota seumpama Evernote yang diberi nama Google Keep. Ia boleh didapati dalam versi web dan versi Android buat masa ini. Google telah mengumumkan Keep membolehkan anda menyimpan idea, menguruskan perkara yang perlu dibuat, mengambil nota melalui tulisan, gambar ataupun audio. Dengan adanya versi web untuk Google Keep, anda boleh menguruskan nota-nota dengan mudah tanpa perlu menghubungkan telefon pintar atau tablet Android anda kepada komputer. Google juga telah berjanji akan membawa masuk aplikasi Keep ini ke dalam akaun Google Drive anda tidak lama lagi.

    Sayang sekali aplikasi Google Keep ini tidak terdapat di dalam sistem operasi iOS. Walau bagaimanapun, kita menjangkakan aplikasi ini bakal dibawa masuk ke dalam iOS apabila ia menjadi popular di masa depan. Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web Drive.Google.com/Keep atau memuat turun ke dalam telefon pintar Android melalui Google Play.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain