• Photoplay aplikasi seumpama Instagram untuk pengguna WP8


    31 Mac 2013 - Bagi pengguna Windows Phone 8, ketiadaan aplikasi Instagram sudah pasti menjadi faktor kekecewaan buat anda. Sementara menantikan kedatangan Instagram ke dalam Windows Phone 8, sebuah aplikasi seumpama Instagram telah pun muncul di dalam Windows Marketplace yang diberi nama, Photoplay. 

    Photoplay membenarkan anda berkongsi gambar bersama rakan-rakan anda dan pengguna Photoplay yang lain dengan mudah. Ia turut didatangkan dengan fungsi pengeditan gambar dengan menggunakan filter, blur, tilt-shift, brightness dan banyak lagi. Anda juga boleh memotong gambar kepada bentuk empat segi seperti Instagram dengan mudah. Perkongsian gambar juga boleh dilakukan kepada Facebook, Twitter, dan VK. Sayang sekali ia tidak diintegrasi bersama Tumblr dan Foursquare. 


    Fungsi-fungsi asas seperti like, komen, dan pemetaan gambar turut didatangkan bersama. Anda turut boleh mencari rakan-rakan anda yang menggunakan aplikasi Photoplay melalui pencarian di dalam Facebook dan buku telefon (phonebook). Menariknya Photoplay juga boleh dijumpai di dalam iOS dan juga Android.

    Bagi yang ingin mencuba, anda boleh melayari laman web Windows Marketplace di sini. Perlu diingatkan ia tidak menyokong Windows Phone 7.8 dan 7.5.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain