• Plants vs Zombies 2 bakal muncul pada bulan Julai


    28 Mac 2013 - Selepas kejayaan aplikasi permainan Plants vs Zombies, PopCap nampaknya tidak berdiam diri begitu sahaja kerana mereka bakal memperkenalkan sekual kepada permainan popular ini seawal bulan Julai (musim panas di Amerika). Sekual pertama Plants vs Zombies sebelum ini berjaya mendapat perhatian umum sehingga dibeli oleh syarikat permainan popular, EA Games pada harga 650 juta USD. Plants vs Zombies merupakan sejenis permainan di gajet mudah alih Android dan iOS yang memerlukan anda mempertahankan kawasan halaman rumah daripada serangan zombie dengan hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan yang unik.


    Plants vs Zombies juga boleh dimainkan di dalam Facebook yang lebih dikenali sebagai Plants vs Zombies Adventures. Walau bagaimanpun, permainan di dalam Facebook agak berlainan daripada versi mudah alih kerana ia lebih menyerupai sebuah permainan 'tower defense'. Malah ia juga menggabungkan fungsi pembinaan bangunan dan lanskap seumpama Farmville dan Townville.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain