• Samsung Galaxy S4 Mini dalam pembikinan?


    29 Mac 2013 - Menurut laporan daripada Bloomberg, Samsung berkemungkinan besar akan melancarkan versi mini untuk Samsung Galaxy S4 sebaik sahaja telefon pintar ini mula dijual pada penghujung bulan April. Berita ini sememangnya sudah dijangkakan kerana Samsung pernah melakukan perkara yang sama buat Galaxy S3 dengan memperkenalkan versi mini beberapa bulan selepas kemunculan Galaxy S3. Walaupun tidak terdapat sebarang informasi yang rasmi daripada Samsung sendiri, namun Galaxy S4 Mini ini dijangka akan mempunyai skrin bersaiz 4.3 inci dengan Super AMOLED dan menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz. Samsung Galaxy S4 Mini dijangka akan menjadi popular di kalangan pengguna yang berbajet rendah.

    Sumber informasi : Phandroid

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain