• U Mobile menghantar peminat ke Cardiff City


    1 Mac 2013 - U Mobile telah melancarkan sebuah pertandingan atas talian, Road to Cardiff City FC di mana ia membuka peluang kepada para pengguna U Mobile yang baru dan juga yang lama untuk memenangi tiket perjalanan ke London yang dibaiyai sepenuhnya. Malah pemenang juga bakal menerima sebuah telefon pintar terbaru dan juga jersi Cardiff City FC di samping dapat melihat pasukan ini beraksi secara langsung di sana.

    Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan ini, anda harus membeli kad pra-bayar minimum RM30 dan 'like' Facebook page U Mobile. Kemudian, anda perlu menjawab sebanyak mana soalan yang diberikan dalam masa yang yang ditetapkan untuk mengumpul mata. Anda boleh terus menambah mata anda dengan membeli kad pra-bayar U Mobile berulang kali. Untuk setiap jawapan yang betul, akan menerima 5 mata, dan setiap jemputan ke atas rakan-rakan di Facebook akan menerima 1 mata. Hanya dua peserta yang memiliki mata tertinggi sahaja yang akan dibawa ke London.

    Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web pertandingan ini di sini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain