• Antara muka terbaru HyppTV dengan penukaran nombor saluran


    8 April 2013 - HyppTV merupakan sebuah sistem televisyen yang menggunakan teknologi Internet (IPTV) di mana ia didatangkan sekali dengan pakej UniFi. Buat masa ini ia adalah pesaing utama kepada Astro dalam membawakan saluran-saluran terkini kepada penonton di rumah mahupun di pejabat. Terkini, TM telah memperkenalkan antara muka terbaru untuk HyppTV sejajar dengan perkembangan UniFi dalam tempoh 3 tahun ini. 


    Perubahan yang ketara kelihatan pada antara muka pembelian Video On Demand (VOD) di mana senarai filem-filem yang ditawarkan telah disusun dengan lebih menarik dan mudah diakses. Anda juga boleh melihat preview filem-filem ini di samping mengetahui komen daripada penonton yang sudah membeli. Menariknya kebanyakkan filem-filem yang ditawarkan adalah yang terbaru. Filem-filem ini boleh dibeli pada harga RM8 atau RM7 untuk sebuah filem dan sah untuk tempoh 48 jam sahaja. Selain itu, antara muka untuk Facebook dan Youtube juga telah dikemaskini bagi memudahkan para penonton menggunakannya.


    Sekiranya anda mempunyai HyppTV di rumah, anda hanya perlu menutup dan membuka semula HyppTV anda untuk membenarkan ia dikemaskini secara automatik. Kemaskini ini juga memperlihatkan penyusunan semula nombor-nombor saluran di dalam HyppTV. Untuk maklumat lanjut berkenaan susunan semula nombor saluran di dalam HyppTV, sila lihat video di bawah.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain