• Asus perkenalkan Fonepad pada harga RM849


    10 April 2013 - Asus telah pun memperkenalkan sebuah tablet 7 inci dengan fungsi panggilan suara dan data 3G yang diberi nama Fonepad, semalam. Tablet ini dikuasakan oleh Intel® Atom™ processor Z2420 dengan sistem operasi Android 4.1 dan 1 GB RAM. Menurut Tony Liao, Pengurus Produk, ASUSTek Computer Inc, skrin yang lebih besar adalah sangat ideal untuk tujuan hiburan, penggunaan media sosial dan segala aktiviti online pada masa kini. Fonepad dilengkapi dengan paparan skrin 1280 x800 HD bersama teknologi IPS untuk sudut penglihatan yang lebih luas daripada biasa.


    Ruangan storan dalaman untuk Fonepad adalah sebesar 8GB sahaja namun anda tetap boleh menambah storan anda melalui sokongan kad mikroSD (32GB). Ia juga memiliki dua buah kamera iaitu di bahagian depan (1.2MP) dan belakang (3MP auto-fokus dengan rakaman video 720p HD). Paling menarik, tablet ini memiliki kapisiti bateri yang amat besar iaitu pada 4270mAh dan mampu bertahan selama 9 jam jika digunakan secara berterusan.

    Maklumat tambahan :
    • Saiz : 196.4 x 120.1 x 10.4mm
    • Berat : 340g
    Asus Fonepad akan mula dipasarkan di Malaysia bermula minggu kedua bulan April pada harga RM849 sahaja.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain