• Celcom 4G LTE bermula hari ini


    23 April 2013 - Seperti yang diwar-warkan, Celcom telah pun melancarkan perkhidmatan 4G LTE mereka bermula pada hari ini. Menurut Celcom, perkihdmatan 4G LTE mereka mampu memberikan pengalaman 10 kali ganda lebih pantas berbanding Celcom Broadband yang biasa. Dengan pelan serendah RM138 sebulan, anda boleh merasai kelajuan sehingga 50Mbps dengan had data 10GB.

    Walau bagaimanapun, lokasi Celcom 4G LTE masih terhad buat masa ini di mana ia merangkumi kawasan Sunway, Shah Alam, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Seri Kembangan dan Gombak. Menariknya 1,000 pelanggan pertama bagi Celcom 4G LTE bakal menerima sebuah modem 4G LTE dan langganan percuma selama 3 bulan pada harga RM199 sahaja. Promosi ini hanya terhad di 3 buah Celcom Blue Cube sahaja iaitu Blue Cube Sunway, Blue Cube Pavillion dan Blue Cube Menara Celcom.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain