• Cut the Rope bakal hadir dengan siri Time Travel


    12 April 2013 - Permainan popular, Cut the Rope tidak lama lagi bakal hadir dengan siri terbaru mereka yang diberi nama Cut the Rope : Time Travel. Menurut Zeptolabs, ini merupakan langkah mereka untuk kembali popular di kalangan para pengguna telefon pintar, tablet dan komputer bagi tahun 2013. Sebelum ini Cut the Rope pernah hadir dengan siri permainan yang lain daripada yang asal iaitu Cut the Rope : Experiment 2010 dan Cut the Rope : Experiment 2011.


    Generasi terbaru Cut the Rope ini dijangka muncul dalam jangka masa terdekat kerana pihak Zeptolabs sudah pun mengeluarkan preview video di Youtube. Video yang pendek (1 minit 13 saat) ini tidak memberikan banyak informasi berkaitan cara permainan untuk siri terbaru Cut the Rope. Apa yang kita boleh lihat adalah Om Nom, maskot utama permainan ini, memandang dan disedut ke dalam mesin masa.

    Sumber informasi : Phandroid

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain