• Draw Something 2 kini lebih menarik dan senang dikongsi


    29 April 2013 - Zynga baru sahaja memperkenalkan sekual kepada permainan melukis paling popular iaitu Draw Something. Aplikasi terbaru yang diberi nama Draw Something 2 ini membawakan lebih banyak cara untuk bermain, penambahan alat melukis serta paten dan tekstur yang boleh disertakan bersama di dalam lukisan anda. Draw Something 2 bakal menjadi popular semula kerana ia mengintegrasikan kemaskini media sosial secara langsung. Anda boleh mengikuti rakan-rakan anda untuk melihat lukisan yang telah dilukis dan memberi komen ke atas lukisan berkenaan. Bukan itu sahaja, anda boleh mengikuti selebriti-selebriti kegemaran anda secara terus.


    Tidak seperti Draw Something yang pertama, versi kedua aplikasi ini membenarkan anda bermain dengan mereka yang tidak terdapat di dalam rangkaian Facebook anda sekaligus memberikan peluang permainan yang lebih luas. Malah terdapat Daily Guess dan Daily Draw yang membenarkan anda mendapat Coins tambahan di dalam permainan ini. Sayang sekali buat masa ini Draw Something 2 hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja, termasuklah iPhone, iPad dan iPod Touch. Versi Android bakal menyusul kemudian.

    Muat turun Draw Something 2 di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain