• Facebook Home dimuat turun lebih 500,000 kali


    22 April 2013 - Sejak dilancarkan pada 12 April yang lalu, Facebook Home telah mendapat perhatian ramai pengguna Android di seluruh dunia dan aktiviti muat turun aplikasi berkenaan kian meningkat dari hari ke hari. Tahukah anda aplikasi Home ini telah berjaya dimuat turun melepasi angka 500,000 melalui Google Play. Menariknya, tarikh pelancaran Facebook Home di seluruh dunia adalah pada 16 April, bermakna ia menjadi popular dalam masa kurang daripada seminggu.

    Walau bagaimanapun, Facebook Home terus menerima banyak pandangan negatif dari pelbagai pihak dengan purata kedudukan 2.2 di dalam Google Play. 5,617 daripada 10,905 komen memberikan kedudukan 1 bintang sahaja. Meskipun begitu, bilangan pengguna yang berminat untuk mencuba aplikasi ini kian bertambah dari hari ke hari.


    Sebenarnya angka muat turun Facebook Home sememangnya sudah dijangka terutama Facebook sendiri mempunyai akaun pengguna media sosial terbanyak di dunia iaitu lebih daripada 1 billion. Malah aplikasi Facebook di dalam Android sendiri sudah pun dimuat turun sebanyak 500 juta kali. Sudahkan anda mencuba Facebook Home di dalam telefon pintar Android anda? Berikan pandangan anda di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain