• Facebook Home integrasi sepenuhnya dengan telefon Android


    8 April 2013 - Pada minggu lepas, Facebook telah memperkenalkan Facebook Home secara rasmi dengan sokongan buat pengguna Android yang sedia. Buat mereka yang masih tertanya-tanya, Facebook Home sebenarnya merupakan sebuah aplikasi yang diintegrasikan sepenuhnya dengan antara muka Android seperti aplikasi Go Launcher. Menariknya apa yang menjadikan ia berlainan adalah ia turut mengintegrasikan semua fungsi yang terdapat di dalam Facebook ke dalam telefon pintar anda. Antara fungsi yang diintegrasikan bersama adalah Facebook Chat & Messenger, Cover Feeds, dan Notification. Selain itu, Facebook turut bekerjasama dengan HTC untuk menghasilkan HTC First yang didatangkan dengan Facebook Home tersedia.


    Cover Feed merupakan antara muka terawal yang anda lihat pada telefon pintar anda di mana ia akan memaparkan kemaskini-kemaskini terkini daripada rakan-rakan anda di Facebook secara terus termasuklah gambar-gambar yang telah dimuat naik. Anda boleh melakukan aktiviti seperti Like, Share dan Comment secara terus di bahagian ini tanpa perlu membuka Facebook. Cover Feed akan boleh dilihat apabila anda membuka telefon pintar anda atau menekan butang Home.


    Fungsi Facebook Chat dan Messenger juga telah diintegrasikan bersama-sama sistem permesejan SMS anda bagi membolehkan akses mesej dengan mudah tanpa perlu membuka aplikasi yang berlainan. Ia turut menyokong sistem mesej berkumpulan (Group Chat) dengan paparan gambar profil rakan-rakan anda di dalamnya. Paling menarik, anda boleh menjawab mesej secara terus walaupun anda sedang sibuk membuka laman web atau menonton video di dalam telefon pintar.


    Selain itu, Facebook Home juga didatangkan dengan App Launcher bagi membolehkan anda membuka aplikasi yang lain secara terus. Anda boleh mengubahsuai susunan aplikasi di dalam App Launcher mengikut kesukaan anda. Di ruangan App Launcher ini, anda boleh menulis status terkini, memuat naik gambar dan membuat Check-In secara terus. Sekiranya ruangan di dalam App Launcher tidak mencukupi, anda boleh menambah ruangan mengikut citarasa anda. Facebook Home mempunyai sebuah butang di bahagian bawah di mana ia memaparkan gambar profil anda. Anda boleh menggerakkan butang ini ke atas, kiri dan kanan untuk mengakses fungsi di dalam Facebook Home dengan pantas. Gerakan ke atas akan membawa anda ke bahagian App Launcher dan gerakan ke kiri akan membawa anda ke Facebook Messenger. Gerakana ke kiri pula akan membuka aplikasi terakhir yang telah dibuka sebelum ini.

    Sekiranya anda berminat untuk memuat turun aplikasi Facebook Home ini ke dalam telefon pintar Android, anda perlu menunggu pada 12 April ini kerana ia akan sedia dimuat turun pada tarikh tersebut. Di samping itu, HTC First juga akan dilancarkan pada tarikh berkenaan.


    Sumber informasi : Facebook Home
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain