• Google Analytics kini mengesan pelawat dari angkasa


    1 April 2013 - Google Analytics merupakan alat yang penting buat pembina dan pemilik laman web di seluruh dunia kerana ia mampu memberikan statistik pengunjung dari seluruh dunia kepada anda. Antara fungsi yang terdapat di dalam Google Analytics adalah laporan Real-Time. Anda boleh melihat statistik pengunjung ke dalam laman web anda secara langsung dan mengesan dari manakah mereka membukanya. Menariknya, hari ini Google telah menambahkan fungsi tambahan apabila ia mampu mengesan pengguna Internet dari angkasa. Sebagai contoh, statistik di atas merupakan laporan Real-Time bagi Drexar21. Kelihatan sebanyak 41 orang pengunjung telah membuka laman blog Drexar21 daripada International Space Station (ISS). ISS juga merupakan stesen angkasa yang dikunjungi oleh angkasawan negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.


    Walau bagaimanapun, janganlah anda terlalu mudah percaya dengan statistik dan laporan daripada Google Analytics pada hari ini kerana ia merupakan salah satu aktiviti April Fool daripada mereka. Nampaknya Google melancarkan kempen April Fool secara besar-besaran di semua laman web kepunyaan mereka bagi mendapatkan perhatian dunia :)

    Laman web Google Analytics.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain