• Google membuat pembersihan aplikasi di dalam Play Store

    10 April 2013 - Baru-baru ini, Google telah memulakan sesi pembersihan besar-besaran ke atas Google Play Store bagi membuang aplikasi-aplikasi yang melanggar polisi Play Store. Pengawasan kualiti aplikasi sememangnya menjadi kritikan utama di kalangan pengguna Android kerana terdapat banyak aplikasi yang tidak berguna dan sama di dalamnya. Bukan itu sahaja, pengguna Android juga terdedah kepada serangan virus berikutan kekurangan pengawasan daripada pihak Google.

    Langkah Google ini sememangnya disambut baik dan mereka telah membuang lebih daripada 60,000 buah aplikasi dan permainan pada bulan Februari sahaja. Walaupun angka 60,000 ini tidaklah banyak jika kita ingin bandingkan dengan bilangan aplikasi yang sedia ada di dalam Play Store, namun ia bakal menjadi amaran awal buat pencipta aplikasi di luar sana.

    Pencipta aplikasi kebanyakkannya sebelum ini mengambil kesempatan terhadap polisi Google Play Store di mana ia membenarkan mereka memuat naik aplikasi tanpa sebarang kelulusan daripada Google di peringkat awal. Ini amat berlainan daripada polisi Apple, di mana setiap aplikasi perlu mendapat kelulusan untuk memasuki iOS App Store.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain