• iPhone 5 disaluti emas dan bertatahkan berlian


    15 April 2013 - Berapakah harga yang anda sanggup membayar sekiranya anda ingin membeli sebuah telefon pintar yang disaluti dengan emas dan bertatahkan berlian? Buat pengetahuan anda, seorang usahawan daripada China telah membuat tempahan khas untuk sebuah iPhone 5 yang memiliki ciri-ciri seperti berikut. Beliau telah menempah telefon berkenaan di Stuart Hughes, sebuah kedai barang kemas di Liverpool yang turut menghasilkan iPhone 4 berlian, Platinum MacBook Air dan iPad 2 emas. iPhone 5 yang bakal menjadi kepunyaan usahawan China berkenaan bakal menjadi telefon pintar termahal di dunia apabila ia akan dijual pada harga RM46.2 juta (USD15.2 juta).



    Menurut pereka telefon termahal ini, iPhone 5 berkenaan telah mengambil masa 9 minggu untuk disiapkan dan kebanyakkannya dihasilkan dengan menggunakan tangan. Luaran iPhone 5 ini menggunakan emas 24 karat manakala butang Home telah ditatahkan dengan berlian hitam (Black Diamond) 26 karat. Bahagian sisi iPhone 5 ini juga ditatahkan dengan 600 butir berlian putih (White Diamond) termasuk di bahagian logo Apple di belakang. 

    Sumber informasi dan gambar : GSMArena

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain