• Kenali lagu terbaru dan popular melalui Twitter #Music


    19 April 2013 - Twitter akhirnya telah melancarkan Twitter #Music secara rasmi awal pagi tadi. Ia turut disertakan sekali dengan sebuah aplikasi khas buat pengguna iOS. Twitter #Music sebenarnya adalah sebuah perkhidmatan yang membantu anda untuk mencari dan mengenali lagu-lagu yang popular atau semakin meningkat naik di laman Twitter. Ia akan menganalisis semua Tweet pengguna di dalamnya dan menunjukkan lagu dan artis yang sering diperkatakan di dalam Twitter.
    Sekiranya anda seorang penggemar muzik, perkhidmatan ini sudah tentu akan memudahkan anda untuk berinteraksi dan berkongsi lagu bersama rakan-rakan. Anda boleh melihat profil Twitter artis berkenaan di samping mendengar preview lagu-lagu mereka secara terus melalui iTunes. Lagu-lagu ini juga boleh didengari dengan sepenuhnya melalui perkhidmatan Spotify dan Rdio. Menariknya anda boleh berkongsi kepada seluruh dunia lagu yang anda sedang dengari melalui hashtag #NowPlaying. Para artis juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan lagu mereka dengan pantas.
    Sayang sekali perkhidmatan ini masih tiada untuk pengguna di Malaysia kerana Twitter telah memfokuskan kepada beberapa buah negara sahaja iaitu Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand. Malah tiada lagi aplikasi khas untuk pengguna Android dan Windows Phone buat masa ini. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh mengakses perkhidmatan #Music di web melalui music.twitter.com.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain