• Microsoft sedang membina jam tangan pintar?


    17 April 2013 - Ura-ura daripada Wall Street Journal, mengkhabarkan Microsoft berkemungkinan sedang giat berusaha untuk melancarkan jam tangan pintar mereka sendiri. Idea ini adalah menyerupai projek yang sedang dilakukan oleh Apple, Google, Samsung dan juga LG buat masa ini. Sudah pasti Microsoft tidak mahu ketinggalan di belakang kerana topik jam tangan pintar sememangnya sedang giat diwawancarakan di laman-laman blog teknologi ketika ini.


    Khabar angin berkenaan jam tangan pintar daripada Microsoft ini sebenarnya datang daripada pegawai pembekal mereka yang mengatakan syarikat berasaskan Redmond sedang sibuk menghasilkan rekaan sebuah jam tangan pintar dengan skrin sentuh. Orang yang sama juga mendakwa Microsoft telah meminta pembekal untuk menghantar komponen bagi peranti yang amat mirip dengan bentuk sebuah jam tangan.

    Sudah pasti Microsoft tidak membalas dakwaan ini dan masih bediam diri namun kita jangkakan tahun depan bakal dipenuhi dengan jam-jam tangan pintar di kalangan para pengguna. Adakah anda berminat dengan Surface Watch?


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain