• Nokia Asha 210 hadir dengan kekunci Whatsapp


    24 April 2013 - Nokia baru sahaja mengumumkan sebuah telefon bimbit baru dibawah penjenamaan Asha iaitu Nokia Asha 210. Telefon terbaru ini dikatakan mampu memberikan cara yang lebih bijak untuk bersosial terutama menggunakan aplikasi permesejan popular, Whatsapp. Asha 210 memiliki papan kekunci QWERTY, WiFi dan Whatsapp bagi memudahkan anda mengakses fungsi ini dengan lebih pantas. Binaan luarannya hampir menyerupai rekaan Lumia yang sedia ada termasuk pada pilihan warnanya.


    Telefon pintar ini dijangka akan menarik minat ramai pengguna yang berpendapatan sederhana dan rendah di samping menjadi pilihan di kalangan para pelajar. Asha 210 juga memiliki sebuah kamera 2.0 megapiksel di bahagian belakang. Paling menarik, dijangkakan ia bakal dijual di Malaysia pada harga serendah RM220.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain