• Nokia Lumia dengan kamera 41MP dalam pembikinan?


    19 April 2013 - Nokia kini sudah semakin sinonim sebagai pengeluar utama bagi telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone di seluruh dunia. Penjenamaan Lumia telah tersebar dengan cepat oleh kerana rekaannya yang unik dan berwarna-warni. Selain itu, Nokia juga sinonim dengan penggunaan teknologi PureView yang mampu mengambil gambar dengan kualiti yang jauh lebih baik daripada kamera telefon pintar yang sedia ada. Ramai yang amat mengagumi kualiti gambar yang dihasilkan daripada Nokia PureView 808 (41 megapiksel).


    Walaupun Nokia Lumia 920 juga menggunakan teknologi PureView, namun bilangan megapikselnya tidak setanding PureView 808. Baru-baru ini, terdapat ura-ura mengatakan Nokia bakal membawa masuk teknologi PureView 41 megapiksel ke dalam sebuah Nokia Lumia tidak lama lagi. Nokia yang digelar sebagai EOS ini bakal memiliki cip pemprosesan empat teras, suatu perkembangan terbaru bagi sebuah telefon pintar Windows Phone. Malah ia akan disertakan bersama sebuah Xenon flash dan penstabilan imej bagi memastikan gambar yang lebih berkualiti. Paling menarik, Nokia EOS dikatakan akan menyokong kad microSD bagi membolehkan anda menangkap gambar dengan lebih banyak. Tidak hairanlah beberapa laman blog yang telah menggelarkan ia sebagai "The Mother of All Camera Phones".

    Sumber informasi : Win Source

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain