• Pengguna Maxis iValue kini boleh menggunakan LTE


    10 April 2013 - Pengguna Maxis yang menggunakan pelan iValue nampaknya boleh bergembira kerana semalam Maxis telah memperkenalkan teknologi LTE secara rasminya buat pengguna mereka yang menggunakan iPhone 5, iPad Mini dan iPad 4. Ini sekaligus telah menyangkal banyak dakwaan bahawa peranti Apple yang dijual di Malaysia seperti iPhone 5 tidak menyokong frekuensi LTE. Menariknya, tiada sebarang caj tambahan yang akan dikenakan ke atas pengguna yang ingin menggunakan Internet berkelajuan tinggin ini. Pengguna sedia ada akan dicaj seperti biasa berdasarkan pelan Internet yang diambil bersama Maxis.


    Untuk menaik taraf sambungan Maxis 3G kepada Maxis LTE, anda perlu memastikan peranti Apple anda telah dikemaskini kepada iOS versi terkini iaitu 6.1.3. Untuk membuat semakan, anda hanya perlu pergi ke Settings > General > Software Update. Setelah dikemaskini, anda perlu pergi ke Settings > General > About untuk menerima notifikasi kemaskini Carrier Settings daripada Apple. Apabila selesai dikemaskini, anda bakal melihat nama Carrier anda berubah kepada Maxis 14.1. Pastikan peranti anda dimatikan dan dihidupkan semula sebelum anda boleh mengubah tetapan kepada LTE. Untuk menukar tetapan LTE, anda perlu pergi ke Settings > General > Cellular dan menukar tetapan Enable LTE anda kepada On.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain