• Perancangan membawa masuk Facebook Home untuk iOS dan Windows Phone


    16 April 2013 - Minggu lepas, kita sememangnya sudah teruja dengan kemunculan Facebook Home yang direka khas untuk semua pengguna Android di luar sana. Mana tidaknya, ia merupakan aplikasi Facebook pertama yang diintegrasikan sepenuhnya bersama telefon pintar anda merangkumi bahagian lock-screen, widget, contacts, notifications, dan message. Menariknya, terdapat ura-ura mengatakan bahawa Facebook kini dalam perbincangan bersama Microsoft dan Apple untuk membawa masuk sistem seumpama Facebook Home ke dalam sistem operasi mudah alih iOS dan juga Windows Phone.


    Berita ini sebenarnya dipetik daripada Bloomberg, di mana Adam Mosseri, pengarah bahagian produk Facebook mengatakan mereka belum mendapat sebarang kata putus hasil daripada perbincangan bersama Apple dan Microsoft tentang produk terbaru mereka. Produk terbaru ini mungkin tidak akan diberi nama Facebook Home dan ia berkemungkinan hanya akan mempunyai sebahagian daripada fungsi yang terdapat daripada Home yang asal. Ia bergantung kepada keterbukaan kedua-dua syarikat untuk menerima idea ini daripada Facebook.

    Walaupun idea ini masih diperingkat perbincangan dan masih banyak perancangan yang perlu dibuat untuk ia direalisasikan, namun kita boleh pasti kita akan melihat kemaskini terbaru untuk aplikasi Facebook di dalam iOS dan Windows Phone supaya dapat disesuaikan dengan Facebook Home yang terbaru.

    Sumber informasi : UnleashThePhone

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain