• Samsung Galaxy S4 bakal tiba di Malaysia pada 27 April


    24 April 2013 - Pengguna setia Samsung sudah pasti menanti-nantikan kemunculan Samsung Galaxy S4 di Malaysia. Berdasarkan maklumat daripada laman web DiGi, telefon pintar Android terbaru ini bakal tiba di negara kita pada 27 April ini dan akan dijual bermula pada harga RM2,199. Beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah pun memulakan sesi pendaftaran awal buat mereka yang berminat untuk menjadi pemilik Galaxy S4 terawal di Malaysia.

    DiGi merupakan antara syarikat pertama yang menawarkan Samsung Galaxy S4 bersama-sama pakej SmartPlan mereka. Buat masa ini mereka hanya menjual versi Black Mist (hitam) sahaja. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan SmartPlan 58, 88 ataupun 148 bergantung kepada kemampuan. Namun perlu diingatkan kontrak bersama DiGi adalah selama 24 tahun melalui pakej ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web mereka di sini.


    Selain daripada DiGi, U Mobile juga mula membuka pendaftaran awal untuk pembelian Samsung Galaxy S4 bersama pakej mereka. Pendaftaran awal ini bakal berakhir pada 30 April. Buat masa ini tidak terdapat sebarang informasi berkaitan pakej yang ditawarkan oleh U Mobile untuk telefon pintar ini. Anda hanya perlu mengisi borang di laman web mereka dan pihak U Mobile akan menghubungi anda dalam masa terdekat bermula pada hari ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web mereka di sini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain