• Sebahagian pengguna Instagram kini menggunakan Android

    5 April 2013 - Tahukah anda separuh daripada pengguna Instagram di dunia kini adalah pengguna telefon pintar ataupun tablet Android? Angka ini adalah amat memberangsangkan kerana ia mengambil masa hanya setahun sahaja untuk ia meningkat setara dengan iOS. Perkembangan ini juga menunjukkan bilangan pengguna Android yang semakin meningkat dari hari ke hari. Kita tidak akan terkejut sekiranya pada tahun ini, bilangan pengguna Instagram yang menggunakan Android akan menjadi lebih banyak daripada pengguna iOS yang menggunakannnya.

    Pengguna Instagram dilihat semakin aktif setiap bulan contohnya pada bulan Februari 2013, terdapat 100 juta pengguna Instagram yang aktif memuat naik gambar. Peningkatan sebanyak 10 juta berbanding bulan sebelumnya, Januari.

    Persoalannya adakah populariti Instagram bakal berkurangan tidak lama lagi dengan munculnya aplikasi perkongsian video terbaru, KeeK?

    Sumber informasi : Blog Instagram

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain