• Sony Xperia SP menyokong penggunaan pengawal PS3 Dual Shock


    9 April 2013 - Pernah anda terfikir untuk menggunakan pengawal Play Station 3 Dual Shock untuk bermain permainan yang terdapat di dalam telefon pintar anda? Walaupun ia kedengaran agak pelik, namun Sony bakal memperkenalkan Xperia SP yang mampu disambungkan dengan pengawal PS3 Dual Shock melalui Bluetooth. Seperti yang kita ketahui, penggunaan pengawal maya yang terdapat pada skrin telefon pintar amat menyusahkan kerana ia mengganggu penglihatan anda di dalam sesuatu permainan.


    Sokongan pengawal PS3 Dual Shock nampaknya tidak terhad kepada Xperia SP sahaja kerana dikatakan Sony sedang berusaha membawakan sokongan yang sama ke atas semua telefon pintar Xperia mereka yang lain. Perlu diingatkan pengalaman permainan berkemungkinan berbeza di setiap telefon pintar kerana faktor skrin yang berlainan. Idea ini dilihat amat pelik namun menarik.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain