• Spesifikasi awal Google Glass didedahkan


    18 April 2013 - Memang ramai yang sudah teruja dengan Google Glass yang diperkenalkan oleh Google sejak tahun lepas. Namun, masih tiada lagi kepastian bilakah cermin mata pintar ini bakal tiba di pasaran pengguna. Ramai yang turut mempersoalkan spesifikasi yang akan ada pada peranti pintar ini. Berita baik buat mereka yang berminat, beberapa spesifikasi awal Google Glass telah pun kelihatan baru-baru di mana ia akan disertakan bersama sebuah aplikasi khas di dalam Android.


    Google Glass bakal memilki paparan definasi tinggi (HD) yang setara dengan paparan sebuah skrin HD 25 inci dari jarak lapan kaki. Ia disertakan dengan sebuah kamera 5 megapiksel di bahagian hadapan sisi kanan dengan kualiti rakaman video 720p. Dari segi perhubungan, Google Glass bakal memilki sambungan WiFi 802.1lb/g dan Bluetooth. Walaupun saiz storan dalamannya adalah sebesar 12GB, ia mampu menggunakan storan awan daripada Google.

    Baterinya dijangkakan mampu bertahan selama sehari untuk kegunaan harian biasa tidak termasuk Hangouts dan rakaman video kerana kedua-dua aktiviti ini bakal menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak. Paling menarik, ia boleh dicaj menggunakan kabel micro USB sama seperti kebanyakkan telefon pintar Android yang lain. Google Glass boleh disambungkan bersama telefon Android anda melalui Bluetooth dan terdapat sebuah aplikasi khas yang dibina untuk pengintegrasian sepenuhnya. Aplikasi berkenaan diberi nama MyGlass, mampu diguna pakai untuk GPS dan penghantaran SMS. Buat masa ini tiada lagi sebarang informasi berkenaan RAM dan cip pemprosesan.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain