• Tiket Apple WWDC 2013 habis dijual dalam masa 3 minit


    26 April 2013 - Pada minggu lalu, Apple telah pun mengumumkan tarikh majlis Apple Worldwide Developers Conference dan waktu jualan tiket ke majlis berkenaan. Majlis yang dinantikan ramai ini bakal diadakan pada 10 Jun hingga 14 Jun bertempat di San Francisco dan tiket boleh mula dibeli di laman web WWDC 2012 bermula pada 25 April, 10 pagi (PDT).

    Menariknya, tidak sampai 3 minit selepas waktu penjualan tiket bermula, Apple telah pun mengumumkan jualan tiket mereka sudah pun habis dijual. Ini boleh dikatakan sebuah rekod baru bagi mana-mana majlis yang dianjurkan oleh sebuah syarikat teknologi. Sebagai perbandingan, pada WWDC 2011 yang lalu, tiket telah berjaya dijual dalam masa 12 jam manakala pada tahun lalu, ia habis dijual dalam masa 2 jam sahaja.


    Nampaknya para pengaturcara dan media sememangnya tidak sabar menantikan pengumuman terbaru daripada Apple untuk tahun ini. Senior Naib Presiden (SVP) Apple telah berjanji akan mempamerkan versi terbaru OS X dan iOS ketika majlis berkenaan.

    Laman web : WWDC 2013

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain