• TM perkenalkan HyppTV Mega Pack pada harga RM50 sebulan


    25 April 2013 - Selepas promosi selama 7 hari percuma yang ditawarkan oleh IPTV pertama di Malaysia, HyppTV, TM sekali lagi memperkenalkan pakej terbaru untuk para pelanggan UniFi mereka. HyppTV Mega Pack merupakan pakej tambahan daripada pakej yang sedia ada, di mana ia boleh dikatakan sebagai ibu kepada segala pakej yang ditawarkan di dalam HyppTV. Ini kerana ia mengandungi saluran berbayar terbanyak pada harga serendah RM50 sebulan sahaja (penjimatan sebanyak RM374 jika dibeli setiap saluran secara berasingan).


    HyppTV Mega Pack menawarkan banyak saluran termasuklah saluran yang terdapat di dalam HyppTV Platinum Pack dan HyppTV Ruby Pack. Malah, terdapat 4 saluran tambahan yang disertakan sekali iaitu Trace Sports HD, Hypp Extreme HD, HyppSports Academy dan Outdoor Channel HD. Secara kesimpulannya, pada harga RM50 sebulan, anda akan dapat menonton 47 saluran berbayar daripada HyppTV.

    Terdapat dua cara untuk melanggan kepada HyppTV Mega Pack iaitu melalui laman web myUniFi ataupun secara terus daripada alat kawalan jauh HyppTV anda. Jika anda berminat, anda boleh melihat informasi pakej ini dengan lebih lanjut di sini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain