• Youtube bakal ditamatkan hari ini

    1 April 2013 - Pagi ini kita dikejutkan dengan pengumuman daripada Google yang mengatakan mereka bakal mematikan laman perkongsian video terbesar di dunia iaitu Youtube pada bulan ini. Menurut Google, Youtube selama ini sebenarnya merupakan sebuah laman web pertandingan bagi mencari video terbaik sepanjang 8 tahun ini. Malah laman Youtube bakal ditutup selama sedekad bagi membolehkan mereka mencari video terbaik sepanjang pertandingan ini berlangsung. Youtube bakal dibuka semula pada tahun 2023 untuk penyertaan baru. Menariknya hadiah yang ditawarkan buat para pemenang adalah sebuah pemain MP3.

    Anda tidak perlu mempercayai berita ini secara bulat-bulat kerana ia merupakan aktiviti April Fool daripada Google. Boleh dikatakan berita penutupan Youtube sudah pasti akan menggemparkan dunia terutama peminat setia Youtube dan pereka video. Bila difikirkan semula, sanggupkah Google menutup Youtube sedangkan ia kini berada di dalam carta 5 laman web terpopular di dunia? Jangan terpedaya :)

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain