• 100 jam video dimuat naik ke dalam Youtube setiap minit

    20 Mei 2013 - Tahukah anda Youtube menerima muat naik 100 jam video setiap minit daripada seluruh dunia? Statistik berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak Youtube sendiri bersempena ulang tahun kelapan mereka. Pada tahun lepas, Youtube menerima muat naik 72 jam video seminit. Peningkatan ini sememangnya sudah dijangka terutama apabila ramai yang berlumba-lumba menjadikan video mereka popular dan menjadi bualan ramai. Malah ada juga yang menggunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat dengan seluruh dunia demi bergelar seorang artis.

    Selain daripada itu, Youtube telah mencapai jumlah pengunjung yang banyak iaitu seramai 1 billion setiap bulan. Persoalannya adakah Youtube mampu mengalahkan Facebook di masa akan datang terutama apabila peratusan pengguna di dalam Facebook semakin berkurangan dari hari ke hari.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain