• Telefon pintar Jolla boleh menggunakan aplikasi Android


    22 Mei 2013 - Sekiranya anda seorang pengguna Nokia N9 yang menggunakan MeeGo, anda pasti sudah lama mengetahui Nokia telah pun meninggalkan sistem operasi dan telefon berkenaan sehinggakan para pembangunnya yang asal telah membina sebuah syarikat baru yang diberi nama Jolla. Setelah setahun berlalu, akhirnya syarikat terbaru ini telah pun memperkenalkan telefon pintar pertama mereka yang menggunakan sistem operasi Sailfish (kemaskini daripada MeeGo).


    Apa yang menjadikan telefon pintar ini sangat menarik adalah ia mampu menjalankan aplikasi daripada Android dengan mudah di samping menggunakan aplikasi rasmi untuk Sailfish. Ini sudah pasti akan mengujakan ramai pengguna di luar sana kerana terdapat banyak aplikasi di dalam pengkalan data Android seperti Facebook, Instagram, WeChat, Whatsapp dan banyak lagi. Ini semua boleh terjadi kerana ia menggunakan sistem operasi asas yang sama seperti Android iaitu Linux.

    Telefon pertama daripada Jolla ini mempunyai skrin sebesar 4.5 inci dengan cip pemprosesan dwi teras bersama sokongan 4G LTE. Selain daripada itu, ia memiliki kamera 8 megapiksel bersama storan dalaman 16GB. Anda juga boleh menambah ruangan storan anda dengan memasukkan microSD ke dalamnya. Tidak seperti Nokia N9, telefon Jolla boleh ditukar baterinya bila-bila masa.


    Buat masa ini, anda boleh membuat tempahan awal ke atas telefon pintar Jolla di laman web mereka pada harga RM1560 (399€). Terdapat 4 warna yang boleh dipilih iaitu biru cair, oren, putih dan hijau. Penutup di bahagian belakang telefon ini boleh ditukar mengikut citarasa anda.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain