• Android 4.3 kelihatan di dalam Nexus 4


    25 Mei 2013 - Ramai yang kecewa apabila Google tidak memperkenalkan kemaskini Android 4.3 Jellybean kepada umum ketika sesi I/O 2013 awal bulan lalu. Namun, telah disahkan bahawa kemaskini Android 4.3 sememangnya di dalam proses pembikinan berikutan log server yang tersebar di serata Internet. Bukan itu sahaja, baru-baru ini sebuah Nexus 4 telah dilihat menggunakan Android 4.3 Jellybean di dalam suatu ekspo telefon pintar di Thailand.


    Buat masa ini, tidak terdapat banyak informasi yang dikongsikan bersama daripada Thailand melainkan perubahan ketara yang boleh dilihat di bahagian kamera. Reka bentuknya kelihatan lebih kemas apabila fungsi tambahan untuk kamera diletakkan berhampiran dengan butang Shutter. Ini membolehkan penggunanya mengakses fungsi-fungsi berkenaan dengan pantas dan mudah. Tiada lagi informasi rasmi yang diberikan oleh Google buat masa ini berkenaan tarikh.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain