• Aplikasi rasmi Youtube untuk Windows Phone dibuat tanpa bantuan Google


    9 Mei 2013 - Seperti yang telah kita ketahui, aplikasi perkongsian video popular, Youtube telah pun dibawa masuk ke dalam peranti Windows Phone secara rasminya semalam. Namun begitu, tahukah anda bahawa Microsoft telah membina aplikasi rasmi Youtube ini tanpa bantuan daripada pihak Google? Microsoft telah melaburkan dana tambahan untuk menggunakan API Youtube yang sedia ada bagi memastikan pengalaman yang terbaik ketika anda menggunakan Youtube daripada Windows Phone anda. Aplikasi Youtube ini juga menyokong beberapa ciri asas yang terdapat di dalam WP8 termasuklah Live Tiles, dan Kids Corner.


    Sekiranya anda sememangnya pengguna tegar Youtube, anda sudah pasti akan menyukai fungsi yang dibawakan bersama-sama di dalam aplikasi ini seperti Playlist, Channels, Search, Subscribe, Like, Comments dan banyak lagi. Malah anda juga masih boleh mendengar audio daripada video di dalam Youtube walaupun setelah skrin dipadamkan (standby mode). Sudah pasti ini akan menjadi amat berguna buat mereka yang suka mendengar lagu melalui Youtube.

    Anda boleh memuat turun aplikasi Youtube ke dalam WP8 melalui pautan ini. Pengguna WP7 terpaksa bersabar kerana aplikasi ini akan dibawa masuk kemudian.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain