• BlackBerry Q5 hadir dengan pelbagai warna yang menarik


    15 Mei 2013 - RIM pada malam semalam telah memperkenalkan ahli keluarga baru BB10 iaitu BlackBerry Q5. Ia memiliki papan kekunci seperti kebanyakkan telefon pintar keluaran RIM yang lain namun menariknya ia didatangkan dengan pelbagai warna (merah, hitam, putih dan merah jambu) yang menarik dan boleh dipilih oleh para pengguna. Seperti kebiasaannya, telefon terbaru daripada RIM bakal menggunakan sistem operasi BB10 yang dilengkapi dengan paparan skrin sentuh bersaiz 3.1 inci.

    BB Q5 dijanakan oleh cip pemprosesan dwi-teras dengan RAM 2GB bersama-sama storan dalaman 8GB. Antara aplikasi yang hadir sedia ada di dalam telefon pintar ini adalah BBM Video dengan Screen Share, BlackBerry Hub dan BlackBerry World app store.



    Telefon pintar ini dijangka bakal menjadi kegilaan remaja dan mereka yang baru membina karier kerana ia bakal dijual pada harga yang rendah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda seorang penggemar telefon pintar BlackBerry dan tidak dapat dipisahkan dengan BBM, maka telefon ini amat bersesuaian dengan anda.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain