• Fitbit Flex merekod tahap kecergasan anda 24 jam

    7 Mei 2013 - Sekiranya anda seorang yang amat mementingkan tahap kecergasan anda dan ingin mengetahui kadar pembakaran kalori anda setiap hari, anda mungkin ingin mencuba sebuah gelang pintar daripada Fitbit yang digelar sebagai Fitbit Flex. Gelang menggunakan teknologi Bluetooth 4.0 dan disambungkan kepada iPhone atau Samsung Galaxy S4 anda. Melalui Fitbit Flex, anda mampu merekod bilangan langkah, jarak perjalanan, kalori yang terbakar, dan terbaru minit aktif. Melalui minit aktif, anda boleh melihat berapa lamakah anda menjalan aktiviti kardio sederhana setiap hari.

    Bukan sekadar itu sahaja, Fitbit Flex juga merekod aktiviti terpenting dalam kehidupan anda setiap hari iaitu tidur. Ia dapat merekod jangka masa anda tidur setiap hari dan berapa kalikah anda terjaga di waktu malam. Sebagai bonus tambahan, gelang pintar ini juga boleh bertindak sebagai jam loceng untuk mengejutkan anda di pagi hari dengan getaran di bahagian pergelangan tangan anda. Ini sekaligus tidak akan mengganggu pasangan anda yang sedang tidur.

    Buat masa ini terdapat persaingan bagi gelang pintar sebegini antaranya termasuklah Jawbone UP dan Nike FuelBand. Buat masa ini ia masih belum boleh di dapati di Malaysia namun anda boleh membelinya secara dalam talian melalui Amazon pada harga USD99.95 (tidak termasuk cukai dan kos penghantaran). Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi Fitbit di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain