• Galaxy dan ATIV terbaru bakal diperkenalkan pada Samsung Premiere 2013

    27 Mei 2013 - Samsung baru sahaja mengumumkan meraka bakal mengadakan sebuah majlis yang diberi nama "Samsung Premiere 2013" yang akan diadakan di London pada 20 Jun ini. Menariknya, Samsung dijangka bakal memperkenalkan ahli keluarga terbaru untuk Galaxy dan ATIV pada majlis yang sama. Rekaan grafik untuk majlis berkenaan dilihat amat menarik di mana ia menampilkan empat kotak berwarna kelabu yang menunjukkan geometri yang berlainan di dalamnya. Kami menjangkakan akan terdapat sedikit kejutan buat pengguna Windows kerana rekaan kali ini amat mirip kepada logo Windows.

    Samsung Premier 2013 bakal bermula pada jam 2PM ET dan bakal boleh ditonton secara langsung melalui laman Youtube rasmi Samsung.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain