• Google Glass bakal boleh diintegrasikan bersama iPhone

    5 Mei 2013 - Google Glass telah menjadi fenomena baru di kalangan pengguna-pengguna bertuah di seluruh dunia apabila Google telah memberikannya kepada peserta program Glass Explorer untuk mencuba teknologi terbaru tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan teknologi futuristik untuk menghantar mesej dan mendapatkan navigasi, anda memerlukan sebuah telefon pintar Android. Namun perkara ini kelak akan berubah.

    Ura-ura mengatakan Google bakal memperluaskan fungsi Google Glass ke dalam platform yang lain termasuklah iPhone. Buat masa ini, kita masih belum dapat mengagak bagaimana integrasi ini bakal terjadi. Jangkaan awal berpendapat ia bakal diintegrasikan bersama-sama dengan sebuah aplikasi khas di dalam iPhone.

    Pada ketika ini, Google Glass perlu dihubungkan dengan sebuah telefon pintar yang memiliki sambungan Internet (atau WiFi) dan ia bukanlah suatu halangan buat iPhone. Namun, masalah terbesar adalah Google Glass memerlukan beberapa API untuk menggunakan aplikasi seumpama Maps dan Text Messenger melalui iPhone. Ini kerana Apple mempunyai banyak sekatan untuk fungsi berkenaan. Semuanya bergantung kepada perbincangan antara Google dan Apple. Apa yang pasti, kita perlu menunggu sehingga 2014 apabila Google Glass mula dijual untuk pengguna biasa di seluruh dunia.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain