• HTC Desire 600 tampil dengan cip empat teras bersama dwi SIM


    24 Mei 2013 - Selepas kejayaan HTC One, HTC tidak lagi berdiam diri untuk terus bersaing di dunia telefon pintar apabila mereka telah memperkenalkan HTC Desire 600 baru-baru ini. Telefon pintar ini hampir menyerupai HTC One dan dilengkapi dengan skrin sebesar 4.5 inci paparan qHD, cip pemprosesan empat teras 1.2 Ghz Qualcomm Snapdragon 200 dan 1GB RAM. Menariknya Desire 600 dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel bersama-sama 8GB storan dalaman yang menyokong kad microSD tambahan. Malah bateri 1,860 mAh nya juga boleh ditanggalkan dengan mudah.



    Selain daripada itu, apa yang menjadikan HTC Desire 600 unik berbanding HTC One adalah sokongan dwi-SIM yang disertakan bersamanya. Sudah pasti buat mereka yang mempunyai dua nombor telefon pada satu masa akan menyukai sokongan tambahan ini. Seperti biasa, ia masih lagi menggunakan sistem operasi mudah alih popular iaitu Android Jellybean 4.1 bersama-sama fungsi tambahan daripada HTC termasuklah BoomSound, HTC BlinkFeed, Video Highlights dan banyak lagi.

    HTC Desire 600 bakal dijual di Rusia, Ukraine, dan Asia Barat bermula bulan Jun ini. Tiada kepastian sama ada ia akan menemui pengguna di Malaysia ataupun tidak.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain