• HyppTV Mega Quiz tawarkan hadiah 3D Sony HDTV 55 inci


    28 Mei 2013 - Bersempena dengan kempen Life Made Easier, pihak TM telah memperkenalkan pertandingan dalam talian (online), HyppTV Mega Quiz. Pertandingan ini menguji pengetahuan anda tentang rancangan-rancangan yang disiarkan di dalam saluran HyppTV di samping setiap pemain perlu menunjukkan ketangkasan dan kepantasan mereka menjawab kesemua 20 soalan yang diberikan.

    Setiap pemain akan direkodkan masa mereka menjawab ke semua soalan dan akan dinilai berdasarkan masa mereka menjawab soalan-soalan tersebut. Ini bermakna, untuk memenangi pertandingan ini, anda perlu menjawab kesemua soalan dengan betul dalam masa terpantas. Buat masa ini, rekod terpantas menjawab ke semua soalan dengan betul adalah dalam masa 19 saat sahaja.


    Terdapat 3 kategori berbeza untuk hadiah yang diberikan iaitu hadiah utama (Grand Prize), hadiah mingguan dan saguhati. Hadiah utamanya adalah Sony 3D Full HDTV 55 inci, set teater rumah dan kerusi malas (lazy chair). Ia hanya boleh dimenangi oleh seorang pengguna HyppTV sahaja (wajib melanggan daripada salah satu pakej yang ditawarkan oleh HyppTV). Walau bagaimanapun, tiada syarat sama ditetapkan pada hadiah mingguan dan saguhati. Hadiah mingguan berupa sebuah Sony 3D Full HDTV 42 inci manakala hadiah saguhatinya adalah cenderamata daripada HyppTV.

    Laman rasmi : HyppTV Mega Quiz

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain