• Jualan Apple TV mencecah 13 juta di seluruh dunia

    29 Mei 2013 - Berdasarkan kenyataan daripada CEO Apple, Tim Cook ketika persidangan D11 baru-baru ini, beliau telah mengumumkan jualan Apple TV mereka telah pun menghampiri angka 13 juta. Produk yang lebih menumpukan pada pasaran pengguna TV itu sedikit sebanyak telah mula menambat hati para pengguna di seluruh dunia. Pada tahun lepas sahaja, Apple berjaya menjual sebanyak 6.5 juta Apple TV dalam masa 12 bulan. Tim Cook menyifatkan produk berkenaan sebagai sebuah hobi.

    Pada persidangan yang sama, Tim Cook turut mengesahkan bahawa versi iOS terbaru bakal diperkenalkan pada WWDC yang bakal berlangsung pada bulan hadapan. iOS terbaru ini berkemungkinan besar akan memperlihatkan perubahan pada antara mukanya di bawah kelolaan Jony Ive.

    Menariknya, Tim Cook bersetuju mengatakan terdapat kepentingan yang tinggi untuk mengeksplorasi teknologi gajet yang boleh dipakai pada badan seperti Google Glass. Malah Apple kini sedang giat mengkaji teknologi berkenaan dan mungkin akan memperkenalkannya kepada pengguna di masa depan.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain