• Kecil-kecil cili padi Nokia Asha 501


    10 Mei 2013 - Nokia hari ini telah memperkenalkan ahli keluarga terbaru dalam keluarga Asha iaitu Nokia Asha 501. Menariknya telefon ini sangat kecil dan mampu dimiliki semua pengguna kerana ia boleh dibeli pada harga USD99 (RM300) sahaja. Asha 501 akan mula dijual pada bulan Jun di 90 buah negara terpilih.

    Nokia telah memperkenalkan antara muka terbaru bagi Nokia Asha ini. Ia kini menyokong sistem multi-tasking di samping mempunyai ciri-ciri yang hampir menyerupai Nokia N9 yang menggunakan MeeGo sebelum ini. Tidak hairanlah mengapa beberapa penganalisis telefon pintar menggelarkannya sebagai Nokia N9 versi mini (walaupun tidak menggunakan MeeGo lagi).


    Asha 501 mempunyai ketahanan bateri yang sangat tinggi di mana sekiranya ia digunakan dalam mode satu SIM, ia mampu bertahan selama 48 hari. Sekiranya ia digunakan dalam mode dwi-SIM, ia akan bertahan selama 17 jam. Pelayar webnya yang terbaru iaitu Nokia Xpress Browser mampu membantu anda mengurangkan penggunaan data Internet sekaligus membenarkan penggunanya untuk terus melayari laman web tanpa kerisauan. Buat masa ini ia hanya menyokong Internet 2G sahaja.

    Antara sepesifikasi lain bagi Nokia Asha 501 adalah ia memiliki cip pemprosesan kurang daripada 1 GHz dan storan dalaman sebesar 4GB. Ia turut didatangkan dengan kamera 3.2 megapiksel sebagai tambahan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain