• Koleksi idea untuk iOS 7 terbaru


    14 Mei 2013 - Semakin kita menghampiri tarikh WWDC 2013, semakin banyak khabar angin yang telah kita terima mengenai kemaskini sistem operasi Apple yang terkenal iaitu iOS. Ramai yang telah menghasilkan konsep-konsep awal bagi sistem operasi ini mengikut idea yang mereka harapkan. Idea-idea ini kelihatan amat menarik walaupun tiada kepastian ia adalah yang benar mahu pun tidak.

    Konsep Apple Yahoo



    Konsep daripada Apfelpage ini lebih menjuruskan kepada gabungan Yahoo ke dalam iOS dengan sepenuhnya termasuk perubahan ketara di bahagian skrin kekeunci dan pusat notifikasi. Mereka juga mencadangkan penggunaan Yahoo Weather secara tersedia. Menariknya konsep ini memperkenalkan sistem bilangan notifikasi di bahagian bawah kanan pada kekunci skrin bagi membolehkan pengguna mengetahui bilangan notifikasi yang masih belum dibaca dengan cepat dan mudah.


    Konsep gabungan iOS dan OS X



    Konsep ini diperkenalkan oleh Bianco dengan memperkenalkan sistem kekunci skrin terbaru yang dilengkapi dengan capaian segera kepada beberapa fungsi asas di dalam iOS seperti WiFi, mode penerbangan, Bluetooth, dan banyak lagi. Selain itu, ia turut mempunyai sistem balasan segara (Quick Reply) bagi memudahkan para pengguna menjawab mesej SMS dengan cepat. Konsep widget yang diperkenalkan juga amat menarik kerana ia tidak mengganggu antara muka asal iOS. Pengguna hanya perlu membuat dwi klik pada ikon aplikasi berkenaan untuk mengaksesnya. Antara muka bagi ruangan multi tasking juga memperlihatkan kesinambungan daripada konsep OS X Mission Control.


    Konsep iOS Mendatar



    Konsep terbaru daripada Simply Zesty ini berkemungkinan merupakan konsep yang paling radikal berbanding konsep yang sedia ada. Apa yang menjadikan ia berlainan adalah ia memperkenalkan antara muka yang berlainan iaitu menggunakan konsep ikon mendatar. Antara muka terbaru ini juga kelihatan lebih bersih dan kemas daripada biasa. Sistem notifikasinya juga telah diubahsuai bagi membolehkan anda mengakses widget secara terus. Widget yang disediakan termasuklah, pemain muzik, kalendar, laporan dan laporan cuaca. Ikon terbaru yang diperkenalkan ini sudah pasti akan menarik minat ramai pengguna sekiranya ia benar-benar terjadi.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain