• Lagu kini boleh dicetak rompak di dalam Spotify?

    8 Mei 2013 - Pada bulan lepas, kita telah melihat kemunculan sistem muzik dalam talian di negara kita seperti Deezer dan Spotify. Spotify terutamanya telah menjadi bualan ramai dan menjadi popular dalam masa yang singkat di Malaysia. Antara fungsi yang menarik di dalam Spotify adalah ia membenarkan anda mendengar lagu di dalam talian secara percuma tanpa perlu dimuat turun ke dalam gajet ataupun komputer anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebarangkalian sebuah lagu itu dicetak rompak dengan mudah.

    Walau bagaimanapun, perkara yang ditakuti telah terjadi kerana baru-baru ini terdapat sebuah extension di dalam Google Chrome yang membenarkan anda memuat turun kesemua lagu di dalam pengkalan data Spotify dengan mudah tanpa perlu membeli akaun Premium yang ditawarkan. Extension ini menggunakan kelemahan yang terdapat di dalam pemain web Spotify yang baru dilancarkan pada bulan November yang lalu. Sudah pasti ramai pencipta lagu dan syarikat rakaman yang mentakuti perkara ini.

    Kemaskini : Telah difahamkan bahawa Google telah pun membuang extension berkenaan daripada Google Chrome baru-baru ini kerana ia telah melanggari terma dan syarat yang ditetapkan oleh Google. Walau bagaimanapun kami tidak rasa ia akan berhenti di situ sahaja kerana dijangkakan akan ada lebih banyak aplikasi dan cara seperti extension berkenaan bakal muncul tidak lama lagi. Persoalannya di sini adakah Spotify mampu menangani perkara ini dari terus berlaku bagi meyakinkan syarikat-syarikat rakaman untuk terus menyalurkan karya terbaru di dalam Spotify?

    Sumber informasi : The Verge

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain