• Mengapa tablet Windows 8 lebih baik daripada iPad


    23 Mei 2013 - Nampaknya Microsoft kini tidak lagi segan silu untuk berlawan secara berdepan dengan pesaing utama mereka iaitu Apple dalam dunia teknologi tablet. Selepas iklan perlawanan antara pengguna Android dan iOS, Microsoft sekali lagi menarik perhatian umum dengan menghasilkan sebuah video yang menunjukkan mengapa tablet Windows 8 adalah lebih baik berbanding sebuah iPad.

    Antara ciri-ciri utama yang dibandingkan adalah fungsi live tiles yang terdapat pada muka hadapan Windows 8 sedangkan paparan di dalam sebuah iPad hanyalah ikon yang statik. Selain itu, Microsoft juga menunjukkan kelemahan iOS yang hanya membenarkan anda melakukan satu tugasan pada satu masa. Ini jelas berlainan daripada Windows 8 di mana ia membenarkan penggunanya melayari Facebook sambil menonton video.


    Walau bagaimanapun, buat masa ini Windows 8 masih kekurangan aplikasi di dalamnya jika dibandingkan dengan iOS. Ini jelas sekali menjadi faktor utama kepada pemilihan sebuah tablet bagi setiap pengguna.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain