• Microsoft dan Google bekerjasama untuk aplikasi Youtube di dalam Windows Phone


    26 Mei 2013 - Akhirnya selepas berlaku perbalahan antara pihak Microsoft dan Google, mereka telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah aplikasi Youtube rasmi buat penggun Windows Phone. Segalanya bermula apabila Microsoft telah mengeluarkan aplikasi Youtube rekaan mereka tanpa mendapat persetujuan daripada Google. Oleh kerana itu, Google sebelum ini telah pun meminta agar Microsoft dapat membuang aplikasi berkenaan kerana ia tidak mengikuti piawaian dan terma yang telah ditetapkan oleh Google termasuk iklan di dalam Youtube. Kemaskini ke atas aplikasi rasmi Youtube bakal diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi dan akan menggantikan aplikasi yang sedia ada.


    Kerjasama yang jarang kita lihat ini dijangka akan berterusan dan kemungkinan besar kita bakal melihat lebih banyak lagi aplikasi daripada Google yang akan dimasukkan ke dalam Windows Phone. Sudah pasti ia akan menjadi sangat menarik jika kita dapat melihat aplikasi rasmi Google seperti Google Drive, Google Now dan Google Map di dalam Windows Phone.

    *Perlu diingatkan aplikasi rasmi Youtube ini hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Windows Phone 8 sahaja buat masa ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain