• Moto X bakal menjadi telefon utama Motorola


    30 Mei 2013 - Jarang sekali kita mendengar berita daripada Motorola berkenaan telefon pintar mereka sejak akhir-akhir ini. Pada sesi persidangan D11, CEO Motorola, Dennis Woodside telah mengesahkan mereka bakal memperkenalkan telefon utama mereka yang diberi nama Moto X. Telefon pintar ini dikatakan bakal dijadikan sebagai produk 'hero' Motorola untuk tahun ini.


    Moto X bakal dibina di Texas, Amerika Syarikat. Kilang yang sama merupakan kilang yang menghasilkan telefon Nokia terdahulu. Fasiliti yang berkeluasan 5,000 meter persegi bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 orang pekerja di sana menjelang bulan Ogos. Sayang sekali, Motorola tidak mendedahkan spesifikasi yang akan terdapat pada Moto X buat masa ini. Namun, apa yang pasti telefon pintar ini bakal menggunakan Android memandangan Motorola Mobility merupakan sebuah anak syarikat Google.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain