• Nokia Lumia terbaru kini muncul di kaca TV


    13 Mei 2013 - Kejayaan Nokia Lumia 920 sememangnya telah menaikkan semangat syarikat berkenaan untuk terus menghasilkan lebih banyak siri kepada Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 8. Terkini, sebuah iklan telah dipertontonkan kepada umum di kaca TV United Kingdom. Melalui iklan 21 saat berkenaan, Nokia telah menonjolkan serba sedikit ciri yang terdapat pada telefon terbaru mereka. Membawakan tema "More than your eye can see", kita dapat melihat sebuah kamera yang besar di bahagian belakang telefon ini di samping mempunyai dual LED flash.


    Menurut GSMArena, rekaan yang terdapat di dalam iklan terbaru ini lebih menyamai reka bentuk Nokia "Catwalk" yang dikatakan akan muncul tidak lama lagi. Menariknya ada kemungkinan telefon ini bakal memiliki binaan logam (metal) sepenuhnya. Nokia akan memperkenalkan telefon terbaru mereka di London pada 14 Mei ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain