• Pengguna iPhone 5 menerima kemaskini iOS 6.1.4


    3 Mei 2013 - Awal pagi tadi, Apple telah membawakan kemaskini terbaru buat pengguna iPhone 5 di seluruh dunia dengan memperkenalkan iOS 6.1.4. Kemaskini terbaru ini membawakan penambahbaikan untuk profil audio    speaker telefon. Berita tentang kedatangan iOS 6.1.4 sememangnya mengejutkan ramai kerana untuk kemaskini sebelum ini, Apple akan melancarkannya kepada para pemaju (developer) dahulu sebelum diedarkan kepada pengguna biasa. Kemungkinan besar ia kerana kemaskini kali ini adalah sangat kecil jika dibandingkan. Ada juga pendapat yang mengatakan para jutera Apple kini terlalu sibuk untuk memberikan masa bagi kemaskini iOS 6.x kerana mereka kini sedang menumpukan perhatian sepenuhnya untuk iOS 7 yang bakal diumumkan pada bulan Jun ini ketika WWDC.

    Jika anda menggunakan iPhone 5, anda boleh mengemaskini iOS anda dengan pergi ke Settings > General > Software Update. Kemaskini iOS 6.1.4 adalah sebesar 11.5MB dan sila pastikan iPhone 5 anda memiliki bateri yang mencukupi semasa proses kemaskini dijalankan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain